Saturday 23 July 2011

PERJUMPAAN KALI KE 6

21/07/11-Pertandingan mencipta laman web blog. Kelab Quarter Master telah berada di tempat yang ke 7. Pertandingan ini telah bermula selama 2 bulan iaitu bermula dari bulan Mei hingga bulan Julai. Hari penyampaian hadiah telah di jalankan pada hari Khamis 21/07.

Wednesday 4 May 2011

SENARAI NAMA AHLI KELAB QUARTER MASTER TING 5 / 2011

1.NUR ASHIQIN BT MOHD YUSOFF
2.NORMALA BT A HALIM
3.NUR FARAHANA BT ISMADI
4.NOR HAMIZAH BT AWANG CHIK
5.SITI NABILAH BT IDRIS
6.NUR AMIRAH AQILAH BT RAZALI
7.USWATUL HASANAH BT BUANG
8.NOOR SYAHIERA BT MUSTAFA
9.SITI NABILAH BT ABD RAHIM
10.NUR IFFAH SYAHIRAH BT ROZIDEE
11.NUR IZZYAN BT MAZLAN
12.NOOR SHABILLA BT HUSSIEN
13.NURUL SHAFIQAH BT SADIDIN SAZLI
14.NURUL AMIRAH BT AMIR SHAIFUDDIN

PERJUMPAAN KALI KE 5


22/02/2011- Bertempat di Stadium Larkin bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Ahli-ahli QM berkumpul di stadium dan diberi tugasan seperti hakim mata,marshall,pengelola peserta dan hakim lorong. Tugas-tugas ini diberikan adalah bertujuan membantu guru-guru yang bertugas semasa aktiviti sukan dijalankan. Ahli-ahli QM membersihkan kawasan stadium setelah semua aktiviti berakhir.


Disediakan oleh:
    Setiausaha

PERJUMPAAN KALI KE 4

18/02/2011- Bertempat di padang SMKTSNI bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Tugas yang sama telah diberikan kepada ahli-ahli QM. Kami menyediakan peralatan sebelum memulakan tugas masing-masing. Kami membantu guru-guru yang bertugas pada hari mini sukan diadakan seperti memegang bendera,mengukur jarak,menjaga palang lompat tinggi dan mengutip cakera. Selepas acara berakhir, ketua kumpulan menghantar keputusan akhir kepada guru penasihat.

Disediakan oleh:
    Setiausaha 

PERJUMPAAN KALI KE 3

17/02/2011- Bertempat di Astaka Wawasan bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Ahli-ahli QM diberi tugasan oleh guru penasihat iaitu Pn Fhadillah.Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk bertugas dalam acara lompat tinggi,lompat jauh,lempar cakera dan lontar peluru.Seramai 4 orang ahli QM dalam setiap kumpulan untuk membantu guru-guru bertugas semasa aktiviti dijalankan.


Disediakan oleh:
   Setiausaha 

PERJUMPAAN KALI KE 2

15/01/2011- Perjumpaan kali ke 2 dijalankan di Astaka blok baru bermula pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Guru-guru penasihat dan ahli-ahli kelab QM membincangkan tentang perancangan tugas-tugas untuk ahli QM.
~Sukan tahunan (Jun)
~Membantu guru dipadang
~Lompat jauh,lompat tinggi(14/02/11)
~Sukaneka
~Buat kupon Hari Keusahawanan
~Persembahan Perhimpunan(QM)


 Disediakan oleh:
    Setiausaha 

Wednesday 20 April 2011

PERJUMPAAN PERTAMA

6/01/2011- Bertempat di kantin sekolah yang dihadiri guru penasihat Quarter Master iaitu Pn Rohaida dan En Jawi. Pada hari tersebut,pendaftaran kelab/persatuan untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 telah diadakan. Seramai 21 orang pelajar tingkatan 1 yang telah mendaftar menjadi ahli kelab Quarter master. Pendaftaran bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.45 petang.


 Disediakan oleh:
      Setiausaha